MA'THURAT WAZIFAH SYUGHRA (PENDEK)
Al-Ma'thurat adalah susunan zikir-zikir yang telah di amalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk membenteng diri kita daripada gangguan syaitan. Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah memilih dan menyusun semula himpunan zikir-zikir Rasulullah s.a.w supaya dapat diamalkan oleh umat sehingga kini. Al-Ma'thurat terbahagi kepada Kubra (panjang) dan Sughra (pendek). Tidak penting kita memilih yang mana, yang paling penting kita beramal dengan istiqamah untuk membacanya pada waktu pagi dan petang setiap hari iaitu selepas solat subuh dan asar. Bacaan al-mathurat terdiri daripada ayat alquran dan zikir. Waktu tidak boleh solat boleh amalkan al-mathurat tanpa membaca ayat alquran. Yang penting, kita konsisten amalkan setiap hari.
Beberapa kelebihan membaca al-mathurat adalah:
1. Tidak dihampiri syaitan.
2. Rumah dan keluarganya terselamat daripada perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dalam urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan untuk menyelesaikan hutang-piutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.
14. Sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
~ dan pelbagai lagi kelebihan yang hanya Allah Yang Maha Mengetahui~
Sekian, Terima kasih. Selamat beramal
Fitrah Guidance & Consultancy
019-3897089
www.isfadiah.net
www.bijakparenting.com